Connect with us

Bolasepak

Wan Kuzri ada kemahiran dan bagai Toni Kroos – Luqman Hakim

Published

on

Wan Kuzri ada kemahiran dan bagai Toni Kroos - Luqman Hakim

Pemain hadapan skuad bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin mengatakan bahawa kemahiran yang ada pada pemain Wan Kuzri Wan Kamal bagaikan pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos.

Menurut Luqman sebelum pemain itu sampai ke Malaysia, dia sudah melihat cara pemainan Wan Kuzri di youtube. Menurutnya hasil daripada penelitian dan analisis yang dibuat oleh Luqman, dia melihat bahawa Wan Kuzri mempunyai kemahiran yang sangat baik.

Berikut adalah kata-kata Luqman Hakim buat pemain Wan Kuzri yang dipanggil oleh jurulatih skuad bawah-19 bagi menguatkan pasukan kebangsaan selepas ini.

“Kemahiran yang ada pada Wan Kuzri sangat bagus dan hebat. Saya sudah membuat analisis melalui melihat video di youtube dan berpendapatan bahawa pemain ini ala-ala Toni Kroos”

“Kehadiran beliau boleh membantu skuad B-19 tahun negara. Saya tiada masalah dengan perkara itu. Beliau datang ke sini untuk mencari tempat, dan kita di sini untuk mengekalkan tempat. Kita sama-sama memberi semangat dan dorongan,” kata Luqman.

Kedua-dua pemain ini berjaya dipanggil menjadi sebahagian daripada 30 orang pemain yang dipanggil bagi menyertai sesi latihan fasa kedua skuad bawah 19 tahun negara. SEbelum ini, Luqman dikatakan tiada dalam sesi fasa satu kerana ketua jurulatih mahu menilai pemain lain.

Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain ini ini dan keseluruhannya secara umum berjaya membawa pasukan negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi selepas ini.

Luqman kini berjaya ke pasukan yang bermain di Liga 1 Belgium, pemain ini merupakan antara bintang negara yang sangat diperlukan untuk masa depan bolasepak Malaysia.

Popular