Connect with us

Bolasepak

(Video) Luqman Hakim Jaringkan gol pertama bersama kelab KV Kortrijk

Published

on

(Video) Luqman Hakim Jaringkan gol pertama bersama kelab KV Kortrijk

Nampaknya satu permulaan baik buat pemain muda negara Lukman Hakim Shamsuddin apabila beliau dikatakan berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan barunya KV, Kortrijk di Belgium.

Menurut sumber, Lukman dikatakan berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan skuad bawah 21 tahun Kortrijk bertemu pasukan KRC Gent yang menyaksikan pasukannya tunduk 4-1 dalam perlawanan tersebut.

Di atas merupakan rakaman gol yang dimuat naik oleh laman rasmi twitter KV Kortrijk dengan mengatakan Luqman Hakim berjaya menjaringkan gol pertamanya di Eropah ketika menyertai pasukan bawah 21 KV Kortrijk.

Gol tersebut merupakan gol tunggal buat pasukan bawah 21 KV Kortrijk. Ia berlaku selepas Luqman berjaya merampas bola dari pertahanan pasukan lawan sekaligus membuat satu rembatan deras sehingga mengegarkan jaring.

Gol ini sudah pasti menjadi satu motivasi baik buat pemain bawah 19 tahun negara itu bagi memulakan permulaan yang baik di Eropah. Ia pasti memberikan impak yang sangati baik kepada pemain tersebut seterusnya kepada peminat bolasepak di Malaysia.

Semoga Luqman Hakim Shamsuddin terus meningkatkan keupayaannya bersama kelab barunya itu dan mengekalkan prestasi yang terbaik bersama pasukan di Belgium agar namanya terus mekar dalam kalangan peminat bolasepak Belgium.

Selepas ini, dimaklumkan bahawa Safawi Rashid pula akan berkelana ke Eropah pada tahun ini iaitu lebih tepat ke Portugal. Semoga ia menjadi realiti dan dapat menaikkan lagi nama Malaysia di persada antarabangsa selepas ini dalam sukan bolasepak.

Popular