Connect with us

Semasa

Tan sri bersama 2 Datuk tauke Edar Da. dah

Published

on

Tan sri bersama 2 Datuk tauke Edar Da. dah

Kuala Lumpur: Seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran da. dah kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Tindak tanduk mereka amat sukar dihidu selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Namun sebaliknya aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran da. dahh kokain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga kenamaan itu juga dikesan tidak menggunakan kakitangan perniagaan sah untuk aktiviti ‘perniagaan’ pengedaran dan penyeludupan da. dah bagi mengelak sebarang kebocoran maklumat sekiranya kakitangan terbabit mengetahui tentang kegiatan da. dah.

Menurutnya, Tan Sri dan Datuk ini mempunyai kakitangan lain untuk melaksanakan perniagaan da. dah mereka daripada proses membawa masuk da. dah menggunakan perairan negara, penyimpanan sehinggalah proses pengedaran ke luar negara.

“Tindakan JSJN Bukit Aman, pada masa ini adalah mengumpulkan maklumat dan bukti kukuh daripada ahli-ahli sindiket pengedaran da. dah tempatan yang sudah diberkas sebelum ini sebelum melakukan tindakan tangkapan ke atas Tan Sri dan Datuk terbabit.

“Malah kita juga sudah menahan beberapa ‘anak buahnya’ melalui beberapa kejayaan yang sudah dilakarkan dalam operasi-operasi sebelum ini yang membabitkan peringkat Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin berkata, adalah amat penting bagi pasukannya mengumpulkan bukti kukuh sebelum sesuatu tindakan tangkapan dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama ini menerima hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Ada pepatah yang menyatakan ‘jerat selalunya tak lupakan pelanduk’ dan kita akan memberkas mereka yang dikesan aktif di semenanjung Malaysia ini apabila segala bukti yang kita ada jelas menunjukkan pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dan penyeludupan da. dah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perisikan awal yang dijalankan, orang bawahan atau suruhan kepada tiga Tan Sri dan Datuk ini akan menguruskan penghantaran da. dah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunakan kargo udara dan khidmat perkapalan.

Katanya, kes rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion yang disembunyikan dalam arang batu serta menjadi sejarah rampasan terbesar da. dah dalam negara di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, pada 10 September 2019, dipercayai turut mempunyai kaitan dengan Tan Sri dan Datuk terbabit.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan da. dah di negara ini yang berselindung di sebalik status Tan Sri dan Datuk.

Abdul Hamid berkata, beliau akan memastikan individu berstatus Tan Sri dan Datuk itu dipenjarakan atau dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sebaik pembabitan mereka dapat dibuktikan oleh JSJN.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular