Connect with us

Santai

Tahniah Vanidah Imran! Kembali Bergelar Isteri, Ini Suami Baru Beliau Rupanya

Published

on

PELAKON Vanidah Imran selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jurutera dikenali sebagai Arifabillah Idris dengan sekali lafaz kira-kira pukul 12.12 tengah hari pada Khamis.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, 49, iaitu Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.

Vanidah menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada Arifabillah, 43, selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Vee

Vanidah merahsiakan hubungannya dengan suami sebelum ini.

Majlis itu dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan tempat rapat kedua-dua mempelai.

Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.

Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, ia bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.

Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.

“Sejujurnya yang tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya.

Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.

WhatsApp Image 2022-07-07 at 12.46.31 PM (1)

Pernikahannya turut dihadiri oleh kedua-dua anaknya.

Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebelum ini, Vanidah pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir dengan perceraian pada 9 Ogos 2018.

Sedikit info Vanidah Imran

Vanidah Imran (lahir 1 Oktober 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri (kini bekas) kepada pelakon Rashidi Ishak yang dikahwininya sehingga perceraian pada 2018. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.

Memang ada lelaki cuba mendekati' - Vanidah Imran - BERITA Mediacorp

Dilahirkan di Pulau Pinang, Vanidah dibesarkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pendidikan menengahnya di Convent Bukit Nanas. Vanidah merupakan naib juara Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.

Pada tahun 1994, di usia 21 tahun, Vanidah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Pada tahun 1998, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mantera. Vanidah muncul dalam iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak arahan Yasmin Ahmad (Allahyarhamah) yang diterbitkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-41, ia turut dibintangi oleh Ashraf Sinclair (Allahyarham).

Pada tahun 2003, beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Beliau berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2015. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Ke-61 universiti itu pada 12 Mac 2022.

Tak kuasa nak layan”- Sekian Lamanya, Vanidah Imran Bongkar Punca Sebenar Bercerai Dengan Rashidi Ishak – Viral MY

Ibu beliau, Shariffah Bee Abdul Majid telah meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.

Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan. Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.

Carian mengenai topik rashidi-ishak-vanidah-imran-bercerai | Astro Awani

Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama dan enggan mengulas mengenai hal tersebut. Walau bagaimanapun, ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: “Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,

Sumber Mstar/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular