Connect with us

Bolasepak

Sumareh berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan pertamanya

Published

on

Sumareh berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan pertamanya

Bekas bintang pasukan Tok Gajah, Mohamadou Sumareh sebentar berjaya membuat penampilan sulung bersama pasukan baharunya di Liga Thailand Police Tero FC. Pasukan tersebut telah membuat perlawanan persahabatan bersama kelab liga 2 Thailand Uthai Thani FC.

Dalam perlawanan tersebut pemain bintang natrulisasi negara itu berjaya menjaringkan 1 gol bagi membantu pasukannya menang 4-3 keatas pasukan bimbingan Rangsan Viwatchaichok.

Berikut kami kongsikan penjaring gol pasukan Police Terro. 2 jaringan berjaya dijaringkan pemain hadapan pasukan tersebut iaitu Arthit Boodjinda dan 2 gol lagi dijaringkan oleh Nattaphol Sukchai dan Mohamadou Sumareh.

Jaringan pertama Sumareh itu pasti akan menjadi petanda awal yang baik untuk kariernya di sana. Pemain ini menjadi pemain utama buat pasukan Pahang sebelum ini sebelum berhijrah ke Liga Thailand.

Menurut sumber, Mohamadou Sumareh dilihat sudah mula menyesuaikan dirinya dengan gaya dan corak permainan yang diterapkan oleh jurulatih pasukan Police Terro.

Sumber turut memaklumkan bahawa pasukan Police Terro akan turun bertemu pasukan Muangthong United di halaman sendiri pada ahad ini dalam perlawanan Liga 1 Thailand.

Dijangka pemain muda natrulisasi Malaysia ini akan diturunkan dalam perlawanan tersebut. Sama-sama kita saksikan perlawanan tersebut pada hari ahad ini adakah pemain itu akan diturunkan atau tidak.

Untuk pengetahuan anda juga pasukan Police Terro turut memiliki pemain kebangsaan iaitu DOminic Tan yang dibelinya dari pasukan Johor Darul Ta’zim sebelum ini. – VocketFC

Popular