Connect with us

Bolasepak

Skuad Indonesia bakal Mendunia, Pasukan B-19 tahun Kalahkan Macedonia

Published

on

Skuad Indonesia bakal Mendunia, Pasukan B-19 tahun Kalahkan Macedonia

Nampaknya pasukan Indonesia selepas ini tidak boleh diangap sebagai pasukan yang mudah untuk ditundukkan selepas mereka menunjukkan aksi luar biasa dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Menurut sumber terbaru mengatakan pasukan bawah 19 tahun Indonesia kini sedang rancak melakukan persiapan awal bagi memastikan keputusan yang baik ketika menghadapi Piala Dunia bawah 20 nanti.

Untuk pengetahuan semua, Indonesia kini dibimbing oleh jurulatih dari Korea Selatan iaitu Shin Tae-Yong. SElepas jurulatih ini hadir banyak perubahan berjaya dilakukannya termasuk berjaya menukar gaya pemakanan setiap pemain Indonesia bagi membentuk fizikal mereka yang lebih mantap.

Bukan itu sahaja, pasukan Indonesia ini juga kini sedang mengadakan kem latihan yang berpusat di Eropah sehingga akhir bulan Oktober nanti. Pasukan Indonesia b-19 ini berjaya menundukkan pasukan Macedonia utara dengan keputusan 4-1.

Pemain bawah 19 tahun Indonesia yang juga merupakan pemain campuran England Jack Brown menjadi antara pemain yang cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila menjaringkan 2 gol.

Pasukan Indonesia berjaya menjaringkan gol pertama melalui pemain Witan Sulaeman pada minit ke tiga belas. 1 Gol kekal sehingga separuh masa kedua. Pasukan Macedonia sempat terlebih dahulu menyamakan kedudukan tetapi itu tidak mematahkan semangat pasukan Shin Tae Yong.

Pada perlawanan tersebut, pemain Ipswich Town, Elkan Baggot turut melakukan penampilan pertama dan aksi mereka berjaya mendapat pujian daripada jurulatih dari Korea itu. Menurutnya pemain Elkan bagus sebagai pemain pertahanan tengah, selain itu pemain itu turut bekerjasa dengan baik dengan pemain lain.

Dengan persembahan luar biasa ini, menunjukkan pasukan Shin Tae Yong ini menjadi antara pasukan yang mempunyai barisan yang terbaik dan tak mustahil buat pasukan itu menjadi pencabar terkuat dalam saingan AFC B-19 dan juga Piala Dunia bawah 20 tahun nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular