Connect with us

Bolasepak

Jaga dulu kebajikan pemain, Jangan sampai Gaji tak boleh bayar

Published

on

Jaga dulu kebajikan pemain, Jangan sampai Gaji tak boleh bayar

Belum sempat Liga Super kembali semula, ada pula cerita kurang enak didengar apabila pasukan Kedah dikatakan gagal untuk membayar gaji para pemain pasukan mereka. Ada yang mengatakan bahawa ini disebabkan oleh pengurusan yang terlalu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar seluruh pasukan bolasepak Malaysia mencontohi pasukannya dalam menekankan aspek kebajikan pemain.

Menurut baginda, kebajikan para pemain adalah suatu perkara yang paling utama atau terpenting di Johor Darul Ta’zim dari kelab itu ditubuhkan pada tahun 2013. Sehingga kini Johor Darul Ta’zim tidak mempunyai masalah berkaitan dengan gaji atau bonus kepada pemain mereka.

Selain itu, kelab itu juga tidak pernah mempunyai isu gaji dengan jurulatih, kakitangan sejak kelab itu ditubuhkan. Perkara ini dikongsikan oleh baginda dalam tulisan yang dibuat naik di akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Bukan itu sahaja, Tunku Ismail turut berpendapat bahawa Johor DT berjaya mengawal dan mengelak daripada berdepan dengan sebarang masalah kewangan dan tunggakan gaji pemain ekoran wabak cov-19 yang telah melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menurut baginda, situasi itu (cov-19) telah memberi tamparan hebat dari segi kewangan pasukan namun, para kakitangan, jurulatih pemain dan pengurusan JDT telah menunjukkan apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan keluar Johor Darul Ta’zim apabila sebulat suara bersetuju bagi memotong gaji dalam membantu kewangan kelab.

Sumua pihak dalam pasukan membantu kewangan kelab dan mereka juga telah bersetuju untuk menderma sebahagian daripada duit gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Tahukah anda disebabkan oleh masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh pasukan KEdah, Ultras mereka telah tampil untuk menghulurkan sumbangan dengan mereka memberikan sebanyak RM1000.00 keapda pasukan Kedah.

Sumbangan tersebut diberikan kepada pasukan Kedah atas rasa tanggungjawab dan prihatin mereka kepada pasukan kesayangan mereka. Kata salah seorang daripada penyokong Helang Merah tersebut, walaupun duit itu agak kecil tetapi beliau berharap ia dapat membantu sedikit sebanyak pasukannya.

Popular