Connect with us

Santai

LmaPndam Prasaan, RossaSera Akhrnya DdahStatus Bliau Dngan Plawak ShukSahar

Published

on

Kuala Lumpur – “Saya bukan nak balas atau b.uktikan apa-apa sebab bila dah macam sekarang ini penampilan, saya ada masa lebih untuk diri sendiri. Jadi saya tak ada masa nak fikir perkara negatif.”

Demikian kata isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera yang did.akwa tampil k.urus selepas k.ontroversi mel.anda perkahwinannya sejak tahun lalu.

Rossalennah yang mesra disapa Sera berkata, dia yang berjaya menurunkan berat badan dari 60 kilogram kepada 49kg juga bukan disebabkan makan hati.

Sebelum saya ambil p.roduk Berryfull keluaran InayahBeauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg. Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.

“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga. Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah k.urus dari dulu lagi,” katanya.

Sera ibu kepada dua anak berkata, penampilan yang dimiliki sekarang membuatkan dia berasa lebih yakin.

“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu Shuk Sahar suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan s.usah. Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.

“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas d.endam. T.ipulah kalau saya cakap nak k.urus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.

Dalam masa sama, Sera berkata dia tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.

Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak k.urus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.

Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.

Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya, katanya.

Status Dengan Shuk

Menurut Sera lagi dia sudah memendam rasa selama hampir lima tahun. Terdahulu, Sera ditemui pada sesi MeetnGreet yang mana dia dilantik menjadi Faceof InayahBeauty, pada Isnin.

Ditanya soal hubungan dua anaknya Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, dengan Shuk, Sera berkata dia tidak pernah meny.ekat sebaliknya memberikan kebebasan.

Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.

Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak.

“Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada m.asalah,” katanya lagi.

Diminta menjelaskan status perkahwinan mereka ketika, Sera memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf,” katanya.

Kredit : HM/MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular