Connect with us

Bolasepak

Perlawanan JDT dalam AFC Champion bakal diadakan di Qatar

Published

on

Perlawanan JDT dalam AFC Champion bakal diadakan di Qatar

Semua sedia maklum dengan perkembangan terkini dunia dan Malaysia, semua manusia terpaksa akur dengan norma baharu. Ini selepas tiada lagi vaksin yang mampu menepis cov-19 sehingga ke hari ini.

Bolasepak antara sukan yang menerima tempias besar akibat daripada wbak tersebut. Untuk pengetahuan semua, AFC Champion League belum lagi habis dan Malaysia masih lagi mempunyai wakil iaitu Johor Darul Ta’zim.

Menerusi perkembangan terbaru yang dibuat oleh konfederasi Bolasepak Asia (ACL) mereka mengatakan telah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) bagi mengadakan baki saingan AFC Champion Leage di zon timur negara tersebut.

Mengiku sumber mengatakan bahawa saingan bagi zon timur akan berlangsung pada 18 November sehingga 13 Disember nanti. Ini selepas perlawanan zon barat telah berjaya dilangsungkan di Qatar sebelum ini.

Melihat kepada kejayaan sebelum ini, ini membuatkan pihak AFC yakin bahawa perlawanan melibatkan pasukan zon timur akan berjalan dengan baik di sana.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini pihak AFC ada membuat cadangan melangsungkan perlawanan ACL di Malaysia namun mereka terpaksa akur “mungkin” dengan keadaan semasa dan menukar venue itu di Qatar.

Walaupun begitu, dalam kenyataan terbaru mengatakan bahawa AFC telah menjelaskan secara terperinci mengapa mereka menukar venue perlawanan.

Jadi sama-sama kita harapkan perlawanan selepas ini dapat berlangsung dengan lebih selamat dan semoga pasukan Selatan Tanah air berjaya mendapatkan kejayaan luar biasa di Qatar.

Popular