Connect with us

Bolasepak

Terima kasih Safawi, Pawi bakal ke Eropah

Published

on

Terima kasih Safawi, Pawi bakal ke Eropah

Nampaknya seorang lagi pemain skuad Kebangsaan yang juga pemain utama pasukan Johor Darul Ta’zim Safawi Rashid akan menjejakkan kaki ke Eropah. Rasanya ramai sudah mengetahui mengenai perkara ini selepas pemilik Kelab Johor DT memberikan keizinan kepada pemain itu untuk berhijrah.

Menurut sumber, Impian pemain hadapan Johor Darul Ta’zim ke Eropah menjadi kenyataan selepas pemilik kelab JDT Tunku Ismail SUltan Ibrahim memberi lampu hijau agar pemain itu melebarkan sayap beraksi di pentas Eropah.

Menurut kenyataan rasmi di Instagram officialjohor, TMJ bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik sahaja saingan Liga Super berakhir. Dalam masa yang sama baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain tersebut.

“All the best Safawi, pemain ini bakal dilepaskan selepass sahaja habis liga (Liga Super).”

Menurut sumber yang diperolehi, Safawi dikatakan bakal berhijrah ke Portimonense SC iaitu sebuah pasukan yang bermain di Liga utama Portugal. Anak kelahiran Dungun Terengganu ini merupakan bintang besar di dalam liga tempatan.

Pemain ini berjaya mencipta banyak kejayaan bersama pasukan Johor Darul Ta”zim. Menurut TMJ, Safawi telah dilahirkan oleh Terengganu dan dijadikan sebagai seorang pemain superstar oleh Johor Darul Ta’zim. Pemain ini berjaya mendapatkan kejuaraan Liga, Piala dan beliau juga bermain di peringkat Kelab Juara-juara Asia bersama JDT.

Jadi sekiranya pemain ini berjaya membuat perbincangan bersama kelab Portugal itu, maka dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa bersama pasukan di rantau Eropah selepas pemain muda negara Luqman Hakim Shamsuddin ke Belgium.

Popular