Connect with us

Bolasepak

Pemain Kedah FA sudah patah semangat, Lebih 5 bulan gaji tak dibayar

Published

on

Pemain Kedah FA sudah patah semangat, Lebih 5 bulan gaji tak dibayar

MALAYSIA: Siapa yang mahu bekerja bersungguh-sungguh tetapi gaji tidak dibayar oleh majikan bukan? Begitulah kini semangat pemain bolasepak Kedah FA apabila mereka semakin hilang semangat untuk bermain apabila gaji tidak dibayar lebih 5 bulan.

Bahkan pasukan Helang Merah ini berkemungkinan besar untuk terkeluar dari Liga Super dan ke saingan Liga Perdana musim hadapan sekiranya krisis ini tidak diselesaikan dengan baik.

Isu yang kami maksudkan adalah mengenai tunggakan gaji pemain sehingga 5 bulan yang masih lagi belum menemui penghujungnya dengan pengurusan tertinggi pasukan Helang Merah itu sama ada barisan sekarang mahupun lepas saling menuding jari antara satu sama lagi.

Perkara ini membuatkan para pemain sudah tidak tahan lagi kerana mereka terdesak ekoran ketiadaan sumber pendapatan gaji bagi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Jadi tidak hairan sekiranya perkara ini tidak diselesaikan sehingga hujung bulan ini.

Para pemain akan hilang mood dalam pasukan dan akhirnya mereka tiada jiwa untuk bermain di atas padang. Perasaan ini sudah mula tampak dalam kalangan para pemain Kedah FA.

Dimana salah seorang tonggak utama pasukan ini, Renan Alves mengatakan beliau serta rakan pasukan lain berkemungkinan akan turun beraksi 26 ogos nanti dengan aksi ala kadar bagi meneruskan saingan musim ini.

Menurutnya sikap pengurusan yang acuh tidak acuh untuk membayar gaji mereka akan membuatkan mereka juga berbuat demikian dalam baki aksi perlawanan liga super 2020.

Popular