Connect with us

Bolasepak

Pasukan JDT hampir pasti tarik diri dari ACL, akur dengan keputusan Kerajaan

Published

on

Pasukan JDT hampir pasti tarik diri dari ACL, akur dengan keputusan Kerajaan

MALAYSIA: Boleh dikatakan bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim akan melupakan hasrat untuk maju lebih jauh dalam Afc Champions Leagues.

Ini selepas mereka akur dengan keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membenarkan mereka ke Doha. Ikuti laporan akhbar dibawah

Kuala Lumpur: Juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas kecewa tidak diberikan pelepasan untuk menyertai pusingan zon timur Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar.

Namun, Pengarah Teknikal (JDT) Alistair Edwards dalam kenyataannya di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa pihaknya tetap akur dan menghormati keputusan kerajaan adalah demi keselamatan semua pihak.

Beliau berkata, JDT memahami tindakan terbabit dilakukan bersandar kepada keselamatan memandangkan peningkatan kes pandemik Cooviid-19 sejak kebelakangan ini.

“JDT sudah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan ACL.

“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Cooviid-19.

“Keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan dan kami berdoa dan berharap supaya dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021,” katanya.

JDT terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada pusingan zon timur ACL dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar apabila kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polisi berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua pihak sebelum ini dan turut tertakluk kepada pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau berkata, polisi berkenaan turut membabitkan pergerakan menteri yang juga dilarang keluar negara walaupun atas urusan rasmi kerajaan.

JDT tak dibenarkan ke Doha

Kuala Lumpur: Juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh melupakan hasrat untuk beraksi pada pusingan zon timur Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar apabila kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polisi berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua pihak dan turut tertakluk kepada pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau berkata, polisi berkenaan turut membabitkan pergerakan menteri yang turut dilarang keluar daripada negara walaupun atas urusan rasmi kerajaan.

“Polisi kita sama iaitu pintu sempadan masih ditutup iaitu warga asing tak boleh masuk manakala rakyat kita pula tidak dibenarkan keluar. Polisi ini juga tertakluk kepada semua pihak termasuk pasukan bola sepak.

“Kita tidak tahu Prosedur Operasi Standard (SOP) di luar negara. Pasukan bola sepak tidak dibenarkan kerana tertakluk kepada sempadan negara iaitu ditutup, rakyat tidak dibenarkan malah menteri pun tidak dibenarkan.

“Dalam kes bola sepak tidak dibenarkan untuk menjamin keselamatan kerana tidak tahu SOP yang ditetapkan di luar negara dan saya mengetahui ada pasukan negara kita akan ke Doha dan itu tidak dibenarkan,” katanya, dalam sidang media, sebentar tadi.

ACL Zon Timur akan disambung semula dari peringkat kumpulan dan berterusan hingga ke pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir dengan Final ACL adalah pada 19 Disember depan.

JDT Kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dan masih berbaki empat perlawnan iaitu berdepan Guangzhou Evergrande dari China pada 19 November, menntang Suwon Samsung Bluewings, Korea Selatan (25 November), melwan Vissel Kobe, Jepun (1 Disember) dan kembali menghadapi Guangzhou Evergrande tanggal 4 Disember.

JDT sudah mengharungi dua perlawnan dengan tewas kepada Vissel Kobe 5-1 di Stadium Misaki Park, Kobe pada 12 Februari lalu namun bangkit menewaskan Suwon Samsung Bluewings 2-1 di Iskandar Puteri, 3 Mac lalu.

Semua perlawnan ACL 2020 pada peringkat kalah mati r mulai pusingan kedua, akan dimainkan secara satu pusingan sahaja, begitu juga perlawnan akhir yang dijadualkan di rantau Asia Barat, tidak seperti edisi terdahulu dengan format timbal balik.

Popular