Connect with us

Bolasepak

Pahang bakal turun tanpa tonggak utama buat Dollah resah

Published

on

Pahang bakal turun tanpa tonggak utama buat Dollah resah

Liga super Malaysia 2020 kembali memulakan kempennya pada hari jumaat ini dengan beberapa perlawanan akan disajikan kepada seluruh peminat. Sudah pasti pertembungan hebat antara Johor Darul Ta’zim vs Pahang akan menjadi tumpuan.

Menurut sumber Bernama menyatakan bahawa skuad Tok Gajah akan turun tanpa tonggak utama mereka berdepan dengan juara Liga Super 6 kali berturut-turut Johor DT.

Disebabkan perkara itu, jurulatih Tok Gajah Dollah Salleh meluahkan rasa resahnya bagi memikirkan perancangan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata bertemu pasukan JDT.

Pertembungan hebat yang dijangka akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang itu, pasti membuatkan kedua-dua penyokong pasukan itu tidak sabar bagi menyaksikannya selepas 5 bulan tanpa sebarang aksi susulan pandemik cov-19.

Menurut Dollah Salleh, hampir kesemua pemain import pasukannya baru sahaja pulih daripada kecederaan seperti Nwakame, Herold Goulon dan Ivan Carlos. Menurutnya lagi, pasukan Tok Gajah yang ada sekarang belum bersedia sepenuhnya.

Ini selepas pasukan itu dilihat kurang menyengat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan. Perkara ini membuatkan Dollah Salleh semakin resah dengan melihat tahap kecergasan para pemain utamanya.

Namun begitu, Dollah Salleh mengatakan bahawa pasukannya tetap bersemangat dan berjanji akan memberikan perlawanan yang terbaik. SElain itu, beliau juga telah memastikan persediaan terbaik dibuat menjelang sepak mula pada hari esok (Jumaat).

Untuk pengetahuan semua, kelab Johor Darul Ta’zim kini merupakan pasukan yang berada ditangga pertama Liga Super dengan mempunyai 10 mata. JDT diekori rapat oleh juala Piala Malaysia iaitu pasukan Perak dengan perbezaan hanya 2 mata sahaja.

Manakala pasukan Pahang kini berada di tempat ke-4 selepas hanya berjaya mendapatkan 6 mata sebelum ini. Mampukah pasukan Pahang mendapatkan 3 mata penuh atau sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan ini?

Popular