Connect with us

Bolasepak

Ini sebab mengapa dipilih Sri Pahang FC untuk nama baru pasukan

Published

on

Ini sebab mengapa dipilih Sri Pahang FC untuk nama baru pasukan

Rata-rata sedia maklum dengan syarat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mengswastakan pasukan daripada Persatuan Negeri kepada Kelab. Pasukan Tok Gajah antara pasukan yang berjaya dalam membuat pengswastaan minit akhir.

Pasukan Tok Gajah dikatakan telah menukar nama pasukan mereka daripada Pahang FA kepada Sri Pahang FC. Nama itu telah dipilih sendiri oleh pihak pengurusan pasukan pahang.

Disebabkan nama tersebut, peminat tertanya-tanya dan ingin mengetahui mengapa pasukan tersebut memilih nama Sri Pahang FC sebagai nama pasukan. Apakah faktor menyebabkan pihak pengurusan Pahang memilih nama tersebut..

Jadi salah seorang daripada pengguna laman twitter memberi penjelasan dimana nama tersebut iaitu Sri Pahang merupakan nama yang diambil daripada unsur lagenda di dalam negeri itu.

Dikatakan ia diambil daripada sempena nama seekor buaya gergasi, baya air masin itu dikatakan hidup di Tasik Chini, Pekan. Sri Pahang dikatakan popular apabila pertembungannya dengan syaitan laut hitam yang telah disebut sebagai Seri Kemboja.

Pun begitu, terdapat versi atau cerita lain dikaitkan dengan Sri Pahang dan Sri Kemboja yang digambarkan sebagai seekor ular gergasi yang turut dikenali dengan Naga.

Akan tetapi sehingga ke saat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Pengurusan Pasukan Pahang mengenai mengapa mereka memilih nama tersebut. Pasukan Tok Gajah itu turut belum memutuskan untuk menggunakan logo baharu atau mengekalkan logo mereka sebelum ini.

Jika mahu memilih logo baharu harap logo itu mempunyai nilai dan standard agar tidak dipertikaikan oleh peminat pasukan Pahang. Jangan jadi macam pasukan Darulaman FC.

Popular