Artis
Nad Zainal Baru Sahaja Tunjuk Tanda Positif Tetapi Hari Ini Dia Terpaksa Ditidurkan Semula. Ungku Ismail Kongsikan Keadaan Terkini Nad Zainal

SELEPAS dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan sejak Khamis lalu, pelakon Nad Zainal kembali direhatkan akibat keadaan paru-parunya yang belum kuat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri rakan artis yang juga pelakon Ungku Ismail yang menziarahinya di hospital pada petang Jumaat.
“Nad Zainal kena intubate semula… ini adalah kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU,” katanya.
Ketika ini Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.
Dalam pada itu, Ungku berkata, meskipun Nad kembali direhatkan namun kesihatannya menunjukkan perkembangan positif selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital.
Cumanya, tahap oksigen dalam darah pelakon itu merosot selepas pihak hospital menanggalkan intubate yang disambungkan kepada Nad.
Nad semakin menunjukkan perkembangan baik.
“Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasan lebih terjaga.
“Semalam (Jumaat) dia sudah sedar bagaimanapun oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas dia tidak lagi direhatkan,” jelasnya.
Untuk rekod, Nad dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Ungku Ismail adalah antara rakan artis yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pelakon itu dimasukkan ke hospital selain menyalurkan maklumat terkini tentang keadaannya dan memohon orang ramai berdoa agar Nad kembali pulih.
Sumber : MSTAR ONLINE
-
Santai1 day ago
Akhirnya Wartawan Dpt Jumpa Lelaki Yg Satu Satunya Berani ‘Sound’ Mas Idayu. Ini Pesanan Baru Khas Utk Mas Idayu
-
Santai1 day ago
Kita Bukan Kayu. Elly Mazlein Tak Setuju Cara Juri Yang Kasar. Ini Kata-Kata Beliau Buat Ramai Sokong
-
Santai7 hours ago
Netizen Kecam Intan Najuwa Baru Balik Umrah Dah Tunjuk Gambar Nampak Perut. Sekali Intan Tampil Beri Respond Balas