Connect with us

Semasa

Menteri saran agar Industri Perkahwinan tukar Bidang

Published

on

Menteri saran agar Industri Perkahwinan tukar Bidang

MALAYSIA: KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Cooviid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang lebih bersesuaian buat masa ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan berikutan suasana perkahwinan di negara ini telah berubah selaras dengan kebiasaan baharu.

Beliau berkata, meskipun 36,000 syarikat ditutup sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, statistik turut mencatatkan 82,000 pendaftaran perniagaan baharu.

“Dalam keadaan sedemikian, semua sudut alam perkahwinan ini telah berubah. Maka sepatutnya, saya mencadangkan mereka patut migrate (pindah) daripada satu bisnes kepada satu bisnes yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Memetik laporan Utusan, beliau menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berkenaan langkah khusus kementerian membantu industri perniagaan berasaskan perkahwinan.

Popular