Connect with us

Santai

MasaTmubual, Suami WanyHasrita Bgi SatuSyarat Untuk IsterlKekal Dlam IdustrlSeni Buat Rmai Pujl

Published

on

Kuala Lumpur – “Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap b.uruk mengenai orang lain,” kata Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, mengenai keperibadian isterinya, penyanyi Wany Hasrita, 30.

Terdahulu, pasangan sejoli ini ditemui media pada majlis kesyukuran sempena pernikahan mereka pada Jumaat lalu di RuscusHall ForestValley, di sini, malam tadi.

Mohd AlAdib juga berkata sikap Wany yang tidak suka mer.ungut apabila diti.mpa m.asalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah amat membuatkan dia tertarik sehingga jatuh cinta dengan penyanyi lagu Menahan Rindu itu.

Ditanya pula mengenai kesediaannya untuk memasuki dunia glamor isteri tersayang selepas ini, Mohd Al Adib berkata dia okey saja selagi ia tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan karier sebagai juruterbang.

Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada m.asalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.

Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam reversepsychology sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?.

“Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Ditanya juga apakah hidangan pertama sudah dimasak buat suaminya, Wany Hasrita berkata buat masa ini dia masih belum berkesempatan lagi kerana mereka mahu memberi fokus terhadap penganjuran majlis kesyukuran yang diadakan itu.

“Apabila urusan majlis sudah selesai, esok baharu saya akan fikir nak masak apa untuk suami. Apa-apapun, biar kami selesaikan segala urusan majlis ini dulu,” katanya masih belum mem.utuskan destinasi bulan madu dan juga tidak merancang cahaya mata.

Pada Jumaat lalu, dengan dua kali lafaz Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular