Connect with us

Bolasepak

Luqman Hakim kini mendahului pemain hebat untuk Anugerah Golden Boy

Published

on

Luqman Hakim kini mendahului pemain hebat untuk Anugerah Golden Boy

Bintang bolasepak negara, Luqman Hakim Shamsudin kini mempunyai peluang yang sangat cerah untuk berada dalam senarai dua puluh pemain selepas terus mengungguli undian bagi Anugerah Golden Boy anjuran Tuttosport.

Mengikut sumber, pemain hadapan negara itu berada dihadapan sehingga jam 2 petang semalam. Luqman yang dikatakan bakal menyertai pasukan bolasepak di Liga Belgium, Kv Kotrijk berjaya mendahului dengan menerima 3949 undian atau 14% daripada 27911 secara keseluruhan.

Pemain ini diikuti rapat oleh pemain muda dari negara Portugal yang bermain dengan Sporting Lisbon, Eduardo Quaresma yang memperolehi 8% atau 2238 undian, seterusnya pemain DOminik Szoboszlai yang mewakili pasukan Red Salzburg dnegan 6% iaitu sebanyak 1664 undian.

Sementara itu beberapa pemain yang memiliki nama besar ketinggalan oleh pemain kita seperti pemain hadapan Manchester United, Mason Greenwood yang hanya memperolehi 5%, pemain hadapan prolifik Borrusia Dortmund, Erlind Haalan dengan 4% dan pemain pertahanan Bayern Munich Alphonse Davies (2%)

Manakala untuk pemain hadapan Manchester City, Phil Foden serta pemain sayap Chelsea, Callum Hudson Odoi dengan masing-masing 1%.

Daripada jumlah 80 nama pemain muda dicalonkan hanya 20 pemain yang akan dipilih menerusi undian awal sebelum 40 panel yang terdiri daripada wartawan pelbagai negara dan penerbitan akan memilih pemenang keseluruhan.

Oleh itu, sudah pasti nama pemain Borrusia Dortmund menjadi pilihan Anugerah ini melihatkan kepada prestasi semasanya yang sangat luar biasa selepas menyertai kelab tersebut pada Januari yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, Anugerah ini pernah dimenangi oleh beberapa pemain bintang dunia seprti, Wayne Rooney pada tahun 2004, Messi 2005, Sterling 2014 Mbappe pada tahun 2017 dan Joao Felix.

Popular