Connect with us

Bolasepak

Layak ke Piala Asia atau pusingan ke-3 Piala Dunia lebih penting – Tan Cheng Hoe

Published

on

Layak ke Piala Asia atau pusingan ke-3 Piala Dunia lebih penting - Tan Cheng Hoe

MALAYSIA: Disebabkan oleh pandemik dunia yang sedang melanda hari ini, banyak kejohanan bolasepak terpaksa di tunda ke suatu tarikh baru bagi mengekang penularan cov-19 dalam kalangan para pemain, pegawai pasukan.

Antara kejohanan yang dikatakan telah ditunda adalah Kejohanan AFF SUzuki Cup 2020. Menurut sumber, kejohanan pentas asia tenggara itu telah ditunda ke tahun 2021 susulan penularan cov-19 yang terus meningkat.

Sumber memaklumkan bahawa satu mesyuarat atas talian telah dipengerusikan oleh presiden AFF, Khiev Sameth dan disertai oleh ahli jawatankuasa termasuk TImbalan Presiden AFF membincangkan perkara itu baru-baru ini.

Ia membincangkan sama ada patut diteruskan atau tidak. Kata sepakat dalam mesyuarat itu dikutip apabila mereka bersetuju untuk menunda kejohanan itu pada tahun hadapan.

Perkara ini sudah pasti membuatkan rata-rata pasukan sedikit lega. Ini termasuk jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe kerana selepas ini anak buahnya dapat memberi focus kepada kempen kelayakkan piala dunia yang akan bersambung. DIjangka kelayakkan tersebut bersambung semula pada bulan Oktober ini.

Tan Cheng Hoe mengatakan bahawa kelayakkan Piala Dunia adalah satu misi besar untuk pasukannya dan ia merupakan keutamaannya dan anak buahnya. Mereka lega dengan penundaan yang dimaklumkan dan ia merupakan satu petanda positif untuk TCH dan pemain focus dalam satu kejohanan sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, pasukan Harimau Malaya kini berada ditempat kedua dalam kumpulan G kempen kelayakkan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas pasukan Indonesia (x2) dan Thailand sekali.

Jadi Tan Cheng Hoe telah mengisytiharkan bahawa misi pasukan Harimau Malaya adalah dalam kelayakkan piala dunia ini lebih penting dari kejohanan AFF Suzuki kerana ia memberi peluang kepada pasukan Malaysia layak secara automatik ke Piala Asia 2023 nanti.

Pasukan ini dijangka akan bertemu pasukan Arab Bersatu selepas ini iaitu dijangka pada 8 oktober 2020 di DUbai. Pasukan negara sebelum itu tewas 1-2 ditangan UAE di Bukit Jalil.

Selepas bertembung dengan UAE pasukan negara akan kembali ke tanah air bagi menerima kunjungan pasukan Vietnam yang dijangka akan berlangsung pada 13 Oktober 2020 nanti.

Popular