Bolasepak
Johor Darul Takzim bakal lepaskan Diogo musim depan ?

Beberapa hari ini berlegar khabar angin mengenai status pemain import Johor Darul Ta’zim, Diogo Luis Santo bakal pergi ke Thailand. Perkara ini dikatakan bermula selepas dimainkan oleh Media Thailand.
Diogo dikatakan bakal meninggalkan pasukan Johor Darul Ta’zim untuk berkelana kembali ke Thailand bersama pasukan BG Pathum United. Dikatakan pendahulu Liga Thailand itu sanggup menawarkan gaji yang cukup mewah kepada pemain tersebut.
Untuk pengetahuan semua, Diogo pertama kali tiba di Asia Tenggara ialah pada tahun 2015 iaitu berpindah dari pasukan Palmeira di Brazil ke Buriram United. Dia berjaya menjaringkan 132 gol dalam semua pertandingan dan mendapat 11 piala termasuka 3 kali juara Liga Thailand.
Aksi luar biasa pemain berusia 33 tahun ini berjaya menarik minat pasukan Johor Darul Ta’zim. Pemain ini ditandatangani pada tahun 2019 iaitu dengan jumlah perpindahan dianggarkan sebanyak 1.5 juta euro.
Sepanjang bersama pasukan Johor Darul Takzim pemain ini berjaya membantu pasukannya memenangi lima piala.
Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada keputusan rasmi di buat oleh pihak Johor Darul Ta’zim mengenai pemain ini. Menurut mereka, Johor akan membuat kemaskini sekiranya ada perpindahan pemain di laman sosial mereka.
Johor Darul Ta’zim sebelum ini melepaskan pemain muda mereka Safawi Rashid untuk berhijrah ke Portugal sebagai pemain pinjaman. Adakah JDT sekali lagi akan melepaskan pemain terbaik mereka untuk mengharungi musim akan datang ?
Siapa pula yang bakal masuk ke dalam pasukan juara 7 kali berturut-turut Liga Super Malaysia ini juga belum lagi dipastikan.
-
Semasa3 weeks ago
118 ɢᴇɴɢ “ᴅᴀᴛᴜᴋ ɴɪᴄᴋʏ ʟɪᴏᴡ” ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ, ᴅᴀʟᴀɴɢ ᴜᴛᴀᴍᴀ ʙᴇʙᴀꜱ ꜱᴇʟᴇᴘᴀꜱ ᴍᴀᴋʟᴜᴍᴀᴛ ʙᴏᴄᴏʀ
-
Semasa3 weeks ago
Pengakuan Remaja 15 Tahun Didkwa Lakukan Amang Seksual Keatas Budak Perempuan
-
Semasa3 weeks ago
“ᴀɴᴄᴀᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴋᴏʀᴇᴀ ᴜᴛᴀʀᴀ”, ᴋᴇᴛᴜᴀ ᴘᴏʟɪꜱ ᴊᴏʜᴏʀ ᴘᴜʟᴀ ᴋᴇɴʏᴀᴛᴀᴀɴ ᴍᴇᴅɪᴀ
-
Semasa2 weeks ago
“ᴅɪᴀɴᴀᴋ ᴛɪʀɪᴋᴀɴ”, ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ᴀᴡᴀᴍ ᴘᴇʀᴛɪᴋᴀɪ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴋᴏɴᴠᴏᴋᴇꜱʏᴇɴ ᴛɪᴅᴀᴋ ꜱᴇʟᴇꜱᴀ
-
Semasa2 weeks ago
“ꜱɪᴀᴘᴀ ᴅᴀᴛᴜᴋ ꜱᴇʀɪ ɴɪᴄᴋʟʏ ʟɪᴏᴡ”, ᴘᴇɴᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴜʀᴜ ᴘᴅʀᴍ ᴍᴇᴍᴘᴜɴʏᴀɪ ʀᴀᴍᴀɪ ᴀʜʟɪ ᴠᴠɪᴘ
-
Semasa1 week ago
ᴋᴇᴘᴜᴛᴜꜱᴀɴ ᴍᴀʜᴋᴀᴍᴀʜ ᴛᴇʀʜᴀᴅᴀᴘ 2 ᴀᴅɪᴋ ᴅᴀɴ ɢᴇɴɢ ɴɪᴄᴋʏ ʟɪᴏᴡ
-
Semasa1 week ago
ᴀᴅᴀ ʏᴀɴɢ ᴘᴀᴋᴀɪ ‘ᴛᴏᴘᴇɴɢ’! ʙᴜᴀᴛ ᴍᴀᴄᴀᴍ2 ɪʙᴀᴅᴀʜ, ᴛᴀᴘɪ ᴍᴀᴋᴀɴ ʀᴀꜱᴜᴀʜ – ᴀʏᴏʙ ᴋʜᴀɴ
-
Semasa3 weeks ago
“ᴀɴᴄᴀᴍᴀɴ ᴋᴏʀᴇᴀ ᴜᴛᴀʀᴀ” ʙᴇᴋᴀꜱ ᴘᴇʀɪꜱɪᴋ ᴋᴏʀᴇᴀ ᴜᴛᴀʀᴀ ᴅᴇᴅᴀʜ ᴘᴇɴɢᴀʟᴀᴍᴀɴ