Semasa
Ini nasihat Agong buat rakyat jelata

MALAYSIA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menasihati rakyat supaya bertenang, sabar dan tidak panik dalam menghadapi situasi terkini negara ketika ini.
Titahnya, rakyat juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugat ketenteraman negara tercinta.
Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu berhubung perkembangan terkini itu.
“Rundingan di Istana Negara dalam masa terdekat, bagi membincangkan dan memperhalusi
cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin (semalam),” menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Abdul Aziz, Kuantan selama satu jam setengah, semalam, dan dipersembahkan taklimat cadangan yang dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan ampun perkenan Baginda.
Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman waabak Cooviid-19, malah Baginda turut prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini.
Berikutan peningkatan kes Cooviid-19, Baginda mengulangi titah nasihat kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu.
Ia bagi membantu pihak berkuasa memerangi Cooviid-19, demi keselamatan diri serta masyarakat.
Rakyat turut diseru bersama baginda untuk berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan Cooviid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri segera.
Pagi semalam, mesyuarat khas Kabinet berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya dan antara lain dikatakan membincangkan cadangan mengadakan perintah daruurat kesihatan.
-
Santai2 days ago
Akhirnya Wartawan Dpt Jumpa Lelaki Yg Satu Satunya Berani ‘Sound’ Mas Idayu. Ini Pesanan Baru Khas Utk Mas Idayu
-
Santai1 day ago
Kita Bukan Kayu. Elly Mazlein Tak Setuju Cara Juri Yang Kasar. Ini Kata-Kata Beliau Buat Ramai Sokong
-
Santai14 hours ago
Netizen Kecam Intan Najuwa Baru Balik Umrah Dah Tunjuk Gambar Nampak Perut. Sekali Intan Tampil Beri Respond Balas
1 Comment