Connect with us

Santai

Gadis Jual Air Buah Yg Dipeluk Mat Motor Dicari. Dia Muatnaik Video Terbaru Dan Ini Respond Netizen

Published

on

RAKAMAN tular memaparkan aksi tidak senonoh sekumpulan pelanggan lelaki bersama seorang pelayan wanita mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Di sebalik ribuan kecaman yang dilemparkan, pelayan kedai air buah itu nampaknya tenang dan langsung tidak melatah dengan apa yang berlaku.

Dalam satu kemas kini di aplikasi TikTok pada Isnin, dia turut berkongsi beberapa keping foto ketika mengikuti aktiviti perkhemahan di tepi pantai.

Tidak menulis sebarang kapsyen, perkongsian gadis itu yang menggunakan lagu Casablanca dendangan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin meraih lebih 170,000 tontonan di TkT0k.

Beberapa foto memaparkan dia sedang berdiri di luar khemah, manakala dua keping lagi foto memaparkan dia sedang memasak di bahagian dalam.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam keras perilaku gadis itu, malah ada yang turut memanggilnya dengan gelaran sampah.

“Kak dah boleh menyorok dah kak. Satu Malaysia cari tu kak oi.

“Tak takut kena sebat di sana ke?

“Rupa comel, kenapa bagi orang peluk? Tak sedih ke conteng arang muka mak?

“Bawa-bawa jaga maruah kak, umur dah meningkat,” tulis beberapa netizen.

Akaun TikTok milik pelayan wanita itu mempunyai 47,000 pengikut setakat Selasa.

Difahamkan, dia sebelum ini mempunyai satu lagi akaun dengan 362,000 pengikut, namun ia sudah lesap akibat disekat oleh TikTok, dipercayai akibat laporan daripada pengguna platform tersebut.

Penampilan wanita itu turut menjadi bahan kecaman netizen.

Semakan mendapati wujud beberapa lagi akaun TikTok yang menggunakan nama dan foto miliknya, namun tidak dapat dipastikan sekiranya ia akaun sebenar ataupun palsu.

Dia yang juga pengusaha kedai air buah di Terengganu sering tampil dengan gaya berbeza-beza, ada kalanya bertudung dan ada kalanya selesa membiarkan rambutnya menjadi tatapan umum.

Dia juga sering menjadi bahan kecaman kerana menggayakan baju terlampau ketat dan singkat ketika mengenakan tudung, yang mana ia dianggap memperlekehkan imej wanita Islam.

pelayan3

Tamgkap layar dua akaun TikTok wanita itu.

Untuk rekod, video tidak senonoh pelayan itu tular di media sosial sehingga meraih perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Dalam video berkenaan, dia membiarkan beberapa pelanggan lelaki merangkul tubuhnya tanpa segan silu secara terbuka di kedainya.

Menurut Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Tangkap layar video tular yang turut mendapat perhatian pihak JHEAT.

“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Selepas diselidik akaun media sosial Tiktok dia telah pun dipadam atau diprivasikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular