Connect with us

Santai

Dulu Gerai Goreng Pisang Yoe Parey Ramai Orang Tapi Sekarang Terpaksa Ditutup. Rupanya Ini Sebab Kenapa

Published

on

Pelakon Yoe Parey menjelaskan terpaksa menutup gerai goreng pisang miliknya yang beroperasi sebelum ini di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh akibat masalah tertentu.

Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk.

“Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan. “Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit.

“Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronokan yang tersendiri,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Yoe dan Asif dipopularkan oleh Syahmi Sazli menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.

Fenomena ini membuatkan gerai Goreng Pisang Yoe Parey menjadi tumpuan masyarakat setempat serta dari luar yang bertandang ke Kelantan.

Menurutnya lagi, dia kini berhati-hati apabila keluar ke mana-mana kerana bimbang dengan individu yang berniat jahat.

Terbaru Yoe Parey bersama Asif dan Syahmi tampil dengan filem 35mm arahan bersama Syahmi dan Seni Bayan yang diterbitkan Nine Flix Production.

Selain mereka, 35mm turut dibintangi Syahmi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

35mm berkisarkan mengenai tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.

Antara zaman yang dilawati adalah pada era Dinasti Cina, zaman pendudukan Jepun dan pemerintahan British.

Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First sejak 21 Jun.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular