Connect with us

Bolasepak

Dollar Salleh percaya pasukannya akan kembali ke Pangkal Jalan

Published

on

Dollar Salleh percaya pasukannya akan kembali ke Pangkal Jalan

Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh yakin bahawa skuad tok gajah akan kembali memberikan aksi yang lebih baik apabila bertemu dengan pasukan UiTM FC pada sabtu ini. Ini selepas pasukan tok gajah tunduk di Darul Makmur sebelum ini.

Juara 6 kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim berjaya mengalahkan pasukan Tok Gajah dengan keputusan 2-3 di Stadium Darul Makmur jumaat lalu. Pahang yang pada mulanya tidak keruan didahului 3-0 sebelum cuba bangkit merapatkan jurang.

Namun begitu, ketumpulan barisan hadapan dan pasukan Johor DT yang baik mengawal keadaan berjaya mengekalkan keputusan 3-2 separuh masa pertama.

Jadi disebabkan itu, jurulatih Pahang mahu semua pemainnya menampilkan aksi yang lebih baik dan kembali mendapatkan kemenangan pada perlawanan selepas ini (iaitu bertemu UiTM FC). Dollah sangat berharap agar semuanya pemain bangun dan raih kemenangan selepas gagal 3 mata di halaman sendiri.

Menurut Dollah Salleh, beliau yakin dengan komitmen dan semangat yang jitu daripada pemainnya. Dia juga yakin bahawa anak buahnya mampu memberikan aksi yang lebih mantap dan kembali mengejar kedudukan terbaik dalam Liga super.

Mengulas perlawanan sebelum itu, Dollah Salleh mengatakan bahawa anak buahnya sudah cuba memberikan yang terbaik bagi mengimbangi pasukan JDT pada babak kedua. Namun tiada rezeki untuk menambah gol pada separuh masa kedua.

Pasukan Pahang kini dilanda isu pemain tidak hadir latihan. Sumareh dikatakan telah pergi daripada Pahang dengan cara cukup tidak terhormat. Ini membuatkan pengurusan Pahang kecewa dengan pemain tersebut yang mana Pahang telah banyak membantunya sebelum itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular