Connect with us

Bolasepak

Terima kasih Diogo, Selamat Datang Camilo Da Silva ke JDT

Published

on

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pasukan itu tidak menyambung kontrak pemain import Diogo Luis Santo bagi mengharungi kempen Liga Malaysia pada musim depan.

Namun pemain kelahiran Brazil yang akan kembali berhijrah ke Liga Thailand akan bersama skuad Harimau Selatan untuk saingan Piala Malaysia dan tidak menyertai skuad itu mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Zon Timur di Qatar yang bermula 18 November hingga 13 Disember ini.

Tunku Ismail berkata, JDT sudah ada pengganti buat Diogo dan pemain itu dari Brazil, Camilio da Silva yang pernah beraksi untuk kelab FC Tijuana di Liga Utama Mexico (Liga MX) dan akan menyertai JDT pada musim depan.

“Diogo akan bersama JDT bagi mengharungi kempen Piala Malaysia dan selepas itu dia akan kembali menyertai kelab di Thailand. Untuk kempen ACL, Fernando Rodriguez akan bersama pasukan JDT untjuk saingan ACL di Qatar.

“Kami dah lama nak bawa di ke JDT kerana corak permainannya sesuai dengan corak permainan JDT. Tapi akibat bajet saya kurang ketika itu, maka terpaksa tunggu dua tahun sebelum semuanya diselesaikan selepas kontraknya tamat dan dia akan ke JDT musim depan,” kata Tunku Ismail pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat JDT, di sini.

Mengulas mengenai persiapan skuad Harimau Selatan bagi saingan Piala Malaysia dan ACL yang akan berlangsung serentak, Tunku Ismail menegaskan bukan pasukan kedua yang akan bersaing dalam kancah piala berprestij.

Sebaliknya, dua kejuaraan yang membabitkan juara Liga Super tujuh musim itu akan seimbang yang menyaksikan beberapa pemain skuad Johor Darul Ta’zim II akan diserapkan ke skuad utama untuk bergabung bersama pemain JDT yang tidak bersama pemain lain ke Qatar.

Mengenai status pengendali JDT, Benjamin Mora, Tunku Ismail mengesahkan jurulatih dari Mexico itu dilanjutkan kontrak selama dua tahun selepas beliau berjaya menyerap falsafah permainan yang diinginkan.

“Kita boleh tengok daripada keputusan yang diraih JDT apabila Mora mengendalikan skuad itu. Malah beliau sentiasa menjaga kehormanian setiap pemain di bilik persalinan dan juga memberi ruang kepada pemain muda beraksi dalam skuad utama,” katanya.

Tunku Ismail juga mengesahkan bekas pemain FELDA United, Danial Amier Norhisham sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai JDT dan sedang mengintai pemain bek kiri untuk menguatkan lagi pasukan itu.

“Saya ambil dia kerana boleh beri pendedahan terbaik kepadanya malah akan menyenaraikan pemain itu dalan skuad JDT bagi kempen ACL musim depan.

“FELDA United minta saya bayar RM1 juta untuk mendapatkan Daniel dan saya anggap harga itu tidak masuk akan kerana dia pemain muda dan kami tunggu sampai kontrak dia habis. Itu yang saya buat,” kata Tunku Ismail.

Camilo Da Silva bakal bersama Johor Darul Ta’zim

PEMAIN liga Mexico dari Brazil, Camilo Da Silva bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS), Vancouver Whitecaps FC dengan rekod 43 gol dalam 102 penampilan.

“Kehadiran Da Silva itu akan menggantikan Diogo Luís Santo yang akan meninggalkan kelab dan kembali ke Thailand selepas tamat kempen Piala Malaysia,” titah baginda dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT di sini hari ini.

Baginda bertitah, pemain Felda United, Muhammad Daniel Amier Norhisham pula diumumkan pemain baharu JDT manakala beberapa pemain muda JDT II akan diserap ke skuad utama.

“De Silva ini saya sudah tengok lama dam melibat corak pemainan, tetapi kami tidak ambilnya sebab harga beliau agak mahal iaitu melebihi bajet kita.

“Selain Daniel Amir secara rasmi akan jadi pemain JDT pada 1 Dismber ini, kemungkinan ada akan pemain tempatan, namun kita masih melihat perkara ini,” titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah, Benjamin Mora dikekalkan sebagai ketua jurulatih dan menggalas jawatan pengurus namun akan dibantu dua penolong ketua jurulatih.

Pada masa sama, Tunku Mahkota Johor itu merakamkan penghargaan kepada Luciano Figueroa atas khidmat beliau kepada kelab sebagai pemain, duta dan pengurus dari 2014-2020.

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT akan menghantar skuad yang seimbang untuk saingan Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.

Titahnya, Hariss Harun kekal sebagai kapten JDT walaupun akan menyambung pelajaran selepas ini.

Popular