Connect with us

Bolasepak

Pasukan Kelantan mahu dibeli oleh Bapa Wan Kuzain dengan syarat

Published

on

Pasukan Kelantan mahu dibeli oleh Bapa Wan Kuzain dengan syarat

Wan Kamal merupakan bapa kepada pemain bolasepak Wan Kuzain yang kini menetap di Amerika Syarikat. Beliau juga bapa kepada Wan Kuzi yang kini sedang menjalani latihan bersama skuad bawah 19 tahun Malaysia.

Mengikut sumber yang diperolehi, Wan Kamal berkata beliau berminat untuk membeli pasukan Kelantan. Perkara ini dikatakannya di dalam satu tweet di dalam media sosial twitter semalam.

Seperti semua tahu pasukan Kelantan merupakan pasukan yang kini berada dalam krisis kewangan yang luar biasa. Pasukan ini mempunyai hutang yang begitu banyak. Wan Kamal menyatakan minatnya untuk memberi pasukan tersebut dalam satu tweet balas ketika seorang peminat Kelantan meminta agar pasukan negeri Kelantan dan Kelantan United bergabung sahaja untuk jimatkan sumber.

Katanya: “Saya berminat untuk membeli pasukan tetapi mereka harus selesaikan hutang terlebih dahulu”.

Ye benar Wan Kamal menyatakan minatnya untuk membeli pasukan tersebut dengan syarat pasukan tersebut hendaklah selesaikan hutang. Seorang pengguna mengatakan bahawa pasukan Malaysia biasanya guna konsep suruh jutawan ambil alih pasukan tetapi bukan suruh beli hanya suruh bayang hutang pasukan sahaja.

wow ini bagus, tapi sayangnya konsep di Malaysia suruh jutawan “take over” pasukan bukan suruh beli tapi suruh bayarkan hutang pasukan dan sakau duit jutawan pasal konsep pasukan ialah pengurusan ala persatuan belia. 

Wan Kamal membalas dengan mengucapkan terima kasih, menurutnya KAFA hendaklah selesaikan hutang yang ada terlebih dahulu. Saya tak berminat untuk menjadi jutawa, untuk jadi jutawan bukan matlamat saya saya ingin mengubah budaya dalam pengurusan.

Saya ingin menukar cara berfikir pengurusan dan membuat persiapan untuk pelapis pada masa akan datang dengan pembangunan yang baik.

Popular