Connect with us

Santai

“Alahai abejoe..mcm x pernah ada anak jer” Isteri Baru Je Bersalin, Ada Pula Komen Banding Dgn Maryam, Sekali Fizo Jawab Balik

Published

on

“Keadaan ibu (isteri) selamat dan bayi comel.”

Itu luahan gembira pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira selepas isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Kelahiran anak pertama Fizi dan Fazeera sekali gus menjadikan Fizo bapa kepada dua orang puteri, puteri nombor satu, Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu.

“Alhamdulillah. Satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh Allah SWT. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

“Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.

Timang anak kedua, air mata jantan Fizo Omar gugur

Meskipun bukan kali pertama, pelakon popular Fizo Omar mengakui air matanya menitis saat melihat pengorbanan isteri tercinta, Fazeera Nazri melahirkan bayi perempuan mereka pada 25 Jun lalu.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, air matanya mengalir ketika melihat isterinya bertarung nyawa melawan rasa sakit ketika melahirkan anak secara normal.

Namun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu bersyukur kerana mereka membuat keputusan tepat iaitu mengambil suntikan bius epidural untuk mengurangkan rasa sakit sepanjang tempoh kontraksi.

“24 Jun lalu, isteri dimasukkan ke dalam dewan bersalin dan mengambil masa hampir 10 jam untuk melahirkan bayi kami.

“Nasib baik kami ambil suntikan bius epidural, kalau tidak memang tak sanggup lihat dia menganggung kesakitan sebelum bersalin.

“Gugur air mata jantan seorang suami apabila melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat kita,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.

“Pada 25 Jun, air mata jantan sekali lagi gugur. Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.

“Ketika ini memang tak boleh tahan perasaan sampai menggigil tangan ketika diminta memotong tali pusat bayi.

“Pada waktu itu, muncul satu bisikan ‘ini zuriat kau, jadi ayah dan suami dan contoh yang baik kepada keluarga,” kongsinya lagi.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kelantan itu turut menitipkan pesanan kepada mana-mana lelaki yang akan bergelar seorang bapa agar sentiasa berada di samping isteri pada saat getir.

“Pesanan saya kepada suami dan bakal ayah, ambillah momen ini bukan sahaja untuk berada bersama dengan isteri tetapi juga diri sendiri.

“Bukan mudah nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga.

“Kadang-kadang pengalaman juga buat kita faham mesej yang hendak disampaikan daripada Allah yang buat kita bergelar ayah dan suami,” ujarnya lagi.

Dalam ruangan komen, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu dihujani dengan ucapan tahniah dan syukur daripada rakan-rakan artis dan juga peminatnya.

“Tahniah abang Jo,” kata pelakon Datin Almy Nadia.

“Alhamdulillah. Tahniah,” ucap pelakon Mona Allen yang juga kini sedang hamil tujuh bulan.

“Alhamdulillah MasyaaAllah Tabarakallah
Tahniah .. niat dan doa itu pegang elok² dan semoga Allah makbulkan doa kamu.. InsyaaAllah.. sesungguhnya semua yg hadir dan ada depan mata kamu adalah ujian dan dugaan.. bersyukurlah selalu.” komen Yati

Namun ada juga komen yang membandingkan perasaan Fizo ketika Maryam lahir

“Alahai abejoe..mcm x pernah ada anak jer…abis masa mariam lahir xde perasaan mcm ni ke? Pelik2 laki zaman lerni…ngan bini baru mcm2 air mata jantan la hargai la itu la ini la..masa bini lama beranak jugak operate lg xhargai pulak..werkkkk..menciiiiiii” komen seorang netizan

Tidak berdiam diri, Fizo tampil menjawab komen tersebut

“Negetif tu simpan sikit k”

“nadia..cbe baca ni k.maryam dulu lahir czer n sya xdpt experience yg sama.blh faham x.xperlu la nk komen sounds like so busuk u know.then perlu ke sya nak buat throw back sdngkn skng ni sya tgh cter psl baby sya ngn fazeera.cba guna akal yg ade tu dan faham ape maksud yg nk disampaikan.awak pun ade fmly kan, one day awk akn faham.negative tu smpan la skit k.” jawab Fizo Omar

Terdahulu, Fizo berkongsi berita gembira selepas Fazeera selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor pada 25 Jun lalu.

Kelahiran anak pertama Fizi dan Fazeera sekali gus menjadikan Fizo bapa kepada dua orang puteri, puteri nombor satu, Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah menrdirikan rumah tangga dengan usahawan etrkenal, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun

kredit: FB Fizo Omar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular