Connect with us

Santai

Afdlin respond balas bila sebenarnya mereka bercerai

Published

on

Kuala Lumpur: “Apa yang bekas isteri saya tulis di Instagram itu adalah selengkap-lengkapnya pandangan kami berdua mengenai isu kami.”

Itu kata Datuk Afdlin Shauki ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu perceraiannya dengan isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah seperti yang dikongsikan Maria di Instagram semalam.

Maria berkata, mereka membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

“Keputusan itu dibuat kerana ia tidak dapat dielakkan lagi. Kami tidak melihat keputusan ini memusnahkan hubungan kami. Kami kongsikan berita ini selepas tiga bulan tempoh edah berakhir,” katanya.

Walaupun sudah tidak bergelar suami isteri, mereka akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Kehidupan kami masih lagi melalui haluan yang sama, melihat keluarga dan anak-anak kami membesar. Mereka mula menggalas tanggungjawab di atas bahu mereka sendiri dan pada masa sama kami bekerjasama dalam satu pasukan dan membina syarikat kami.

“Perlahan-lahan, akan ada haluan berbeza dalam kehidupan harian kami sebagaimana kami sudah putuskan mengikut kehendak masing-masing,” katanya.

Maria juga berkongsi beberapa perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka ketika pandemik Covid-19 melanda.

“Ketika pandemik Covid-19 melanda, kehidupan saya berubah menjadi introspektif dan lebih teliti manakala kehidupannya pula berlawanan dan membabitkan banyak benda. Apabila kehidupan kembali normal tahun ini dan ada isu yang timbul, nampaknya kami tak dapat teruskan kehidupan tanpa sikap kompromi.

“Dalam erti kata lain, kami merasakan bahawa kompromi itu tidak lagi diperlukan seandainya kami sudah tidak sehaluan dan inginkan yang terbaik untuk kehidupan satu sama lain,” katanya.

Maria juga meluahkan bahawa dia dan Afdlin akan tetap menyokong satu sama lain dan berharap agar privasinya serta anak-anak tidak diganggu.

“Saya tahu, Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan begitu juga saya yang akan terus menyokongnya sebagai orang yang banyak mempengaruhi kehidupan saya. Harapan saya, semoga privasi saya dan anak-anak saya dihormati,” katanya.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

sumber Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Popular