Connect with us

Santai

Ada Orang Berjaya Rakam Kelibat Datuk Shah Rukh Khan Tunaikan Umrah Buat Ramai Luah Rasa Syukur

Published

on

Kuala Lumpur – A.ktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali.

Berdasarkan gambar serta video, aktor berusia 57 tahun itu lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai peng.awal peribadi.

Sekadar info, beliau dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka DMSM yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke 70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Ramai Luah Rasa Syukur

Menerusi foto berkenaan, beliau turut dilihat mengenakan p.elitup muka namun ramai dikalangan jemaah lain yang berada di situ tetap mengenalinya.

Berdasarkan laporan HindustanTimes, pelakon itu terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi.

Dunki adalah kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani yang mengisahkan mengenai cubaan memasuki negara lain secara h.aram.


 

Berita Shah Rukh Khan mengerjakan umrah menc.etuskan pelbagai komen positif warganet. Malah sebahagian besar netizen mendoakan agar urusan ibadah SRK dilancarkan.

Antara Reaksi Orang Ramai

“Saya merasa terlalu emosional pada saat ini. Semoga Allah menjaga dia dan keluarganya,” tulis seorang warganet.

“Gembira sekali melihat dia SRK memenuhi keinginan mengunjungi tempat suci ini,” kata seorang peminat lain.

Berdasarkan maklumat peribadinya, Shah Rukh adalah seorang lelaki M.uslim dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama H.indu, Gauri Khan.

Perkahwinan yang didirikan pada tahun 1991 itu dikurniakan tiga cahaya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.

Kurniaan Pangkat Datuk


 

Menerusi temu bual dengan HindustanTimes satu ketika dahulu, Shah Rukh pernah meluahkan keinginan mahu menunaikan ibadah haji bersama anak-anaknya.

“Menunaikan haji ada dalam agenda saya. Saya ingin ke sana bersama anak lelaki saya, Aryan dan puteri saya, Suhana,” katanya.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular